Thursday, July 7, 2011

10 perkara yang aku akan rindu selepas tamat asasi

Top Ten Listed.

1. of course my roomate. syida la kan. sebab memang dari sem 1 kitorang stick together. group sama. katil sama. i mean dia atas, aku bawah lah. pergi mana mana pon sama sama. kira mcm soulmate juga. cettt. :P
of course rindu kan. tak kan boleh lupa mcm tu je. hye syida, nanti saya rindu awak. muahmuah . haha. gedik pulak.

2. tak lain tak bukan ketupats crew. memang kepoh lah gang gang aku ni. kalau kat kedai makan tu, takde org ckp shhh, tak sah. haha. semua memang boleh behave lah kan kalau ada hot story. bahaha. tapi fun dgn diorg, even org ckp joyah ke hape, peduli sgt lah kan. korang nak jadi perempuan melayu terakhir? ha, hambekk lah. haha. ketupat i will missss all of you of course. tak tahu lah degree nanti jumpa lagi korang ke tidak.

3. aku rindu classmates aku. errr. sound weird. yelah sebab classmates aku kadang kadang suka lah emotional tak pasal, aku ta minat mcm tu. tp kadang kadang terlebih unite pulak. -________-
apa pon, mestilah rindu class sendiri kan nanti.

4. rindu dekat driver bus. heeee :D
 betul. driver bus kitorang baik baik. mana nak cari driver bus yang nak hantar korang pergi ECM ke MEGA ke. diorg drop tau kalau minta baik baik.lepas tu kadang kadang diorg kasi nasihat yang berguna untuk kita. macam Pak Dollah, pernah je dia ckp, penat ke hari ni? aku pon cakap penat, dari pagi smpi petang ada kelas.
and Pak Dolah ckp, yela penat sikit je, nanti pandai, bukan senang tau nak jadi org pandai. 
tengok. baik kan driver kitorang. diorang manis manis tauu.

5. mesti rindu lecturers kan. sebab mereka mereka ini lah yang kasi ilmu law kat aku. dulu before masuk sini, memang cetek gila lah ilmu law. tau cakap law tu sejarah la weh, sejarah. haha. padahal luas scope law ni. gracias ye all the lectures. 

6. rindu dekat ECM dan MEGA. haha. tempat ni lah tempat untuk konon konon release tension. padahal je tension kan. walaupun asyik merungut ECM tak best, tak macam Sg Wang, tak macam Times Square, tak mcm mall mall yang aku suka pergi lah, tapi kat ECM tu juga lah muka aku selalu. lepas ni mana dah aku nak datang kuantan, and of course rindu dekat ECM. 

7. nasi koboi juga aku akan rindu lepas ni. yelah, nasi koboi ni lah penyelamat kalau tengah sesak. makan nasi koboi rasa sedih je tauu, nampak sangat takde duit. haha. bukan mak ayah tak kasi duit, tapi duit tu pergi berjoli ke arah lain, jadi terpaksa lah makan nasi koboi. tapi best juga nasi koboi. not bad. nasi putih, telur dadar and ada sos dia. harga rm2. makan nasi koboi juga lah mengajar erti macam macam. erti menghargai duit lah sebenarnya. :) 

8. aku juga confirm rindu dekat arked. haha. dulu punya lah mengutuk arked, cakap kotor lah apa lah, canteen org kilang lah. ya Allah feza, takbur takbur. haha. tapi sekarang, arked tu lah tempat makan aku, sedap pon sedap. kalau nak compare arked dengan sekilau, sekarang ni aku lagi berselera makan dekat arked, dengan harga dia murah 50sen compared dengan sekilau kalau ambil lauk yang sama. ayam dekat arked pon lagi besar dari dekat sekilau. itu lah kan, kita tak sepatutnya judge the book by its cover, should try first. 

9. of course rindu Bank Islam. haha. sebab ambil duit elaun. best kot dpt elaun, yela sape nak kasi kita rm1250 free free camtu je kan. seronok tauu. kepuasan gila hari pertama dapat elaun. rasa mcm nak beli semua barang je lah. haha. lepas ni habis asasi aku memang tak pergi Bank Islam dah lah, sebab Bank Islam aku buka account pon sebab elaun, sebab aku pakai bank lain. rindu lah kan nanti.

10. lastly aku rindu all memories kat sini. tak kisah la manis, masin, pahit, masam ke sebab tu semua memori kan. dari memori sem 1 even memori sem 1 sangatlah masam utk ditelan, yelaa kawan sendiri memburukkan kita kan, lepas tu pergi canang sana sini pasal aku. maybe time tu dia tak rasa bercinta tu mcm mana, dia boleh la canang sana sini pasal aku. tapi takpe sebab semua benda yang dia canang pasal aku tu sekarang ni terjadi dekat dia. thats karma kan.whats goes around, comes around. mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. haha. sekarang ni dia  dah bercinta and kalau korang  tengok, kat mana mana pon diorang dok meraba raba, bersentuh sentuh, even dekat arked pon, sementara tunggu makanan kot pon jalan jee. start dari situ, aku tahu orang lain boleh nampak  boleh tahu and faham mana betul mana salah. lain lah kalau diorg tu butakan hati untuk  menilai. opss. terlebih emosi kan. sorry readers, bab mcm ni aku mmg emosi sikit. sem 2 and 3 semua memori yang manis je aku rasa. So kira memori sem 1 tu celah gigi jelah. maybe aku tersalah jumpa kawan sebelum aku jumpa yang betul kawan. heee :) 

thats all 10 things yang aku confirm rindu. thanks for reading peeps. hope enjoy :)

3 comments:

  1. sokong yang nombor sepuluh, bila dah rasa baru tau camne, dulu kata orang. hahahaha.
    aku pun akan rindu ketupat, kau, and those memories.
    hope dapat degree sama sama ye ketupat sekalian!!!! :)

    ReplyDelete
  2. about me xd??xrndu i ke??hahah,,
    amboii, arked lg sdap ekk~
    dlu bkn main mengutuk lg, cte mcm2 psl arked tu smbil muke pon monyottt je cte,,
    heheh,,
    ok la tu, hope u happy kt sne ek..
    tke care dear:D,,

    ReplyDelete